Tuesday, April 1, 2008

Monolog Faqir II


(respon kepada Sajak Monolog Faqir oleh Sdr. `Adlan)

Ya Allah Ya Kabir

Naungilah daku yang faqir

Termanggu-manggu ke hulu hilir

Teraba-raba mencari Taqdir

Agarku menjadi Syakir

Jauh sekali dari kikir

Kelakku tak kan mungkir

Apatah berpaling dari-Mu, Ya Basir…

Ya Allah Ya Musawwir

Kekadang ku termundar-mandir

Pada jalan yang jelas dan hampir

Nafsu dan syaitan sukar ditafsir

Godaan pujukan segala anasir

Bentukkanku menjadi Sabir

Kukuh batin teguh zahir

Hatta saat hayatku berakhir, Ya Muakhir…

Ya Allah Ya Khabir

Aku umpama sebutir pasir

Di lautan fana tak tertaksir

Pengetahuan-Mu itu kuasa ta’bir

Lari dari-Mu mustahil kufikir

Sedangkanku di tangan-Mu tertadbir

Gerun di Mahsyar aku disindir

Moga datangnya Muhammad sebagai Nasir

Jua redha-Mu atas hamba-Mu, Ya Qadir…

Kalam Fansuri

22:11, Jumaat, 5 Ogos 2005

MUK 1 205 Matrikulasi UIA

No comments: